Assalamualaikum dan Hai!
Food review kali ni adalah Kyochon Korean Fried Chicken Penang!
Pasti semua sedia maklum Kyochon ni menu utama adalah ayam. *bagi sound effect teruja sikit
"kyo" bermaksud kebijaksanaan dan pencerahan dan "chon" bermakna kampung. Founder, Kwon, memberi nama Kyochon kerana ingin mengembalikan kenangan di kampung halaman ketika beliau menikmati ayam goreng yang unik. Janji beliau untuk pelanggan adalah, tidak menghidangkan makanan segera, menggunakan 100% bahan semulajadi dan cuma menghidangkan ayam yang segar dan sihat kepada pelanggan.
Kyochon telah dibuka semenjak tahun 1991 di Korea dan telah membuka 1000 cawangan di berlainan lokasi. Kyochon telah berjaya menapak di 8 negara iaitu Korea, China, USA, Thailand, Indonesia, Malaysia, Filipina dan Kemboja.
Di Penang, lokasi Kyochon terletak di G Hotel Penang. Lot-G-03A, Ground Floor, di Persiaran Gurney, George Town. Kyochon akan beroperasi pada jam 11 pagi sehingga 11 malam.
Peta 1: Lokasi Kyochon
Kami telah memesan Red pepper (8 pcs), Honey (8 pcs), Potato Wedges, and Steamed Rice. Makanan yang dipesan siap dalam 5 ke 6 minit. Sebelum menerima hidangan yang dipesan, kami mencuba kata silang kata yang ada di atas meja sementara menunggu makanan.
Foto 1: Kata Silang Kata
Pelanggan akan disediakan sarung tangan plastik, tisu basah dan tisu di atas meja. Walaupun kesemua ini disediakan diatas meja, anda jangan risau kerana Kyochon masih menyediakan singki dan sabun basuh tangan untuk mencuci tangan selepas makan. Sarung tangan plastik telah dipacking bersama dengan tisu basah didalam packet hitam tersebut.
Foto 2: Peralatan untuk anda menjamu selera
Foto 3: Honey
Foto 4: Hidangan yang cukup untuk dua orang
Foto 5: Saiz ayam
Rasa ayam Kyochon agak menarik berbanding ayam lain. Sungguhpun saiz yang kecil tetapi 16 ketul ayam dan potato wedges sangat mengenyangkan untuk dua orang makan. Red pepper agak pedas bagi yang tidak gemar makan pedas dan honey pulak sangat ranggup dan kedua-dua rasa ayam ini agak berminyak. Sis tak suka makan makanan berminyak. Sis bagi 4/5.
Anda pasti teruja jika pada hari anda berkunjung ke Kyochon, tarikh tersebut merupakan hari ke-14 dalam bulan tersebut kerana harga ayam untuk 8 ketul akan berharga 14 ringgit sahaja. (NP: 19.00)
Foto 6: Only on 14th
Foto 7: Menikmati nikmat dunia yang sementara
Alhamdulilah. Makanan yang baik akan menghasilkan kesihatan yang sihat. Terima kasih sebab dah bawa makan ke kyochon dan belanja makan ayam yang banyak ni. Semoga kebaikan akan Allah balas dengan kebaikan juga.
Pada hari ini, budaya pemakanan banyak menjurus kepada pelbagai masalah kesihatan. Makan-makan juga tapi kena jaga juga setiap kalori yang anda telan. Makan lah dari sumber yang baik agar tidak memudaratkan kesihatan. Hal ini amat berkait rapat dengan setiap amalan kebaikan yang telah dinyatakan dalam surah Al-Mukminun ayat 51 yang bermaksud:
“Wahai Rasul, makanlah dari yang baik-baik dan beramallah dengan amalan yang soleh”.
No comments:
Post a Comment