Penang Road Famous Teochew Chendul merupakan salah sebuah tempat wajib dikunjungi bila berkunjung ke Penang! Sejarah permulaan cendol ini adalah pengasasnya, Tan Teik Fuang telah berniaga dan menjual chendul di Jalan Pulau Pinang pada tahun 1936. Perniagaan ini telah diteruskan oleh encik Tan Chong Kim bersama legasi keluarganya terus memacu perniagaan cendol dengan menyediakan Chendol yang terbaik dan segar kepada pelangan.
Penang Road Famous Teochew Chendul ini telah mempunyai banyak franchise dibuka diseluruh Malaysia. Oleh hal demikian tidak hairan jika ramai yang mengenali cendol penang. Cendol merupakan pencuci mulut yang enak dimakan ketika panas terik dan boleh dinikmati tanpa mengira masa atau hari.
Cendol merupakan makanan yang sangat digemari rakyat Malaysia. Mangkuk yang dipenuhi dengan ais, kacang merah, jelly cendol pandan, sirap gula melaka dan santan. Kesemua ramuan ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri sehingga ia menjadi sangat dikenali oleh rakyat Malaysia.
Kami berdua Noly telah pergi ke Penang Road Famous Teochew Chendul pada hari selasa jam 3.30 petang. Ketika kami sampai, gerai cuma dipenuhi dua tiga orang sahaja kerana pada hujung minggu gerai akan dipenuhi orang ramai sehingga berbaris panjang dan terpaksa menunggu beberapa minit untuk menikmati cendol tersebut. Nasib kami berdua sangat baik kerana cendul cuma siap dalam setengah saat sahaja. (Tak sempat nak ambik video uncle buat cendol)
Foto 1: Gerai Cendol terletak di Jalan Lebuh Keng Kwee
Foto 2: Gerai Cendul yang ingin mengekalkan nostalgia pengasas cendol
Foto 3: Gerai Cendol
Lokasi bagi Penang Road Famous Teochew Chendul di kawasan Penang:
1. PENANG ROAD
27 & 29 Lebuh Keng Kwee,10100 Georgetown, Penang
Isnin-Khamis: 10:30 pagi - 7 petang
Sabtu-Ahad: 10 pagi - 7.30 petang
2. PRANGIN MALL
Ground Floor Prangin Mall, Jalan Dr. Lim Chee Leong, 10100 Penang.
Waktu beroperasi:
10 pagi - 8.30 petang
3. SUNSHINE FARLIM
Jalan Thean Teik, Ayer Itam 11500, Penang
Waktu beroperasi:
10 pagi- 9.30 malam
4. GURNEY PARAGON MALL
Level 5, Kelawai Road, 10250, Penang.
Waktu beroperasi:
10 pagi - 10 malam
5. QUEENSBAY MALL
Lot 3F - 23(10) 100, Persiaran Bayan Indah,
11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Waktu beroperasi:
10 pagi - 10 malam
6. GURNEY PLAZA
170-B1-33B, Plaza Gurney, Persiaran Gurney,
10250, Pulau Pinang.
Foto 4: Noly menikmati cendol
Foto 5: Menikmati nikmat dunia yang sementara
Alhamdulilah, cendol ini sangat segar dan sedap. Sehinggakan ingin menambah dua kali kerana terlampau sedap. Sis bagi 5/5 kerana kombinasi yang seimbang dari segi ramuannya. Tidak terlampau manis. Harga bagi semangkuk cendol adalam RM2.90. Murah, sedap dan berbaloi. Anda wajib berkunjung ke gerai Penang Road Famous Teochew Chendul di geortown kerana rasa cendul di sini sangat sedap berbanding cawangan yang ada di tempat lain.
Pemilik Penang Road Famous Teochew Chendul merupakan cina. Dalam era millennia kini, kita tidak dapat lari daripada perkara syubhah walau pun telah jelas yang halal dan haram, lebih-lebih lagi dalam bab pemakanan. Jika telah YAKIN akan kehalalannya, maka makanlah dengan yakin.
Isu makanan sahaja terlampau banyak syubhah yang dipertikaikan. namun jika dari sumber yang baik dan penyediaan yang bersih serta tidak menimbulkan was-was pada hati, anda pasti tidak akan mempersoalkan isu syubhah dalam makanan. Jika masyarakat terlampu rigid dalam bab makanan maka makan nasi dan air kosong sahaja lah kita. Jangan pula terlampau longgar sehinggakan semua benda nak ditelan.
Berkata seorang ulama :“pada akhir zaman kelak akan tinggalah hanya kulit-kulit pokok kayu yang hanya halal untuk di makan”.
No comments:
Post a Comment