Saturday 6 January 2018

Cendol Durian di Penang


Assalamualaikum dan hai !

Permulaan tahun 2018 ni, kita buka cerita food review by AkmaFian.
Penang salah satu destinasi pelancongan di Malaysia. Siapa yang tak pernah mai penang lagi, hangpa kena mai!
Penang ni juga digelar sebagai syurga makanan. Pelbagai jenis makanan yang anda boleh nikmati pada harga yang berpatutan.

Siapa yang sangat mengemari Durian pasti tidak mahu ketinggalan ingin mencuba merasai durian dalam pelbagai rasa, Durian Crepe, Cendol durian, Tempoyak dan bubur durian. Hmmm, terbayang kenikmatan rasa durian.

Cendol Durian ini merupakan salah satu makanan yang anda boleh cuba jika berkunjung ke Penang.
Cendol ini tidak sepopular Penang Road Famous Teochew Chendul kerana cendol ini baru beroperasi pada tahun lepas.

Nama kedai cendol durian ni Cendol Haven yang terletak di Ground Floor Queensbay Mall yang beroperasi pada pukul 10.30 pagi sehingga 11 malam.

foto 1: Cendol Durian

Cendol durian ini sangat sedap. Ada kacang merah, jelly cendol pandan, durian, sirap gula melaka, susu dan ais. Portion cendol durian ini berpatutan tetapi tidak dapat menandingi portion cendol durian di Cendol Mami, Kuching Sarawak. Maaf agak bias tapi ini sekadar pandangan daripada sis.

foto 2: Cendol Durian 

Cendol Durian ini sedap dan sangat manis. Durian ni memang umpppp. hehe. Sukar untuk dilahirkan nikmatnya buah durian ni. Sis bagi 4 daripada 5. Sedap! 

foto 3: Durian lover

Setakat itu sahaja perkongsian yang tidak seberapa daripada Sis Akmaniss. Tujuan review cendol durian sebab craving durian. Musim durian di Penang, sis balik Sarawak dan bila musim durian di Sarawak pula Sis kat Penang. 

foro 4: Menikmati nikmat dunia yang sementara

Entry ini khas kepada food hunter yang teringin untuk mencuba atau kepada sesiapa yang craving macam sis. 

Allah berfirman dalam surat Al Baqarah 172: “Hai orang-orang yang beriman makanlah di antara rezeki yang baik-baik.” 

No comments: